Kek lapis sarawak asli tradisional


Kek lapis sarawak asli tradisional

Kek lapis sarawak yang asli sebelum diolah bentuk dan rasa.ianya adalah basic asal kepada revolusi kek lapis moden.

Bahan bahan

460g mentega tanpa garam
3 sudu besar susu sejat
180g sapuan keju (cheese spread)
1 sudu teh garam
2 sudu besar sirap emas (golden syrup)
120g tepung biasa, diayak
6 biji putih telur
26 biji kuning telur
250g gula kastor
1 sudu besar ovalette

CARA-CARA

Pukulkan mentega, susu sejat, cheese spread, garam dan golden syrup. Lipatkan masuk tepung dan kacau hingga sebati.

Pukulkan putih telur QL Omega, kuning telur QL Omega, gula kastor dan ovalette, sehingga ia memekat. Campurkan kepada campuran dari Langkah 1 dan gabungkan dengan sebati.

Bahagikan campuran kepada 16.
Minyakkan dan alaskan tin kek segi empat 9 inci dengan kertas parchment atau kertas kek. Tuangkan masuk 1 bahagian campuran kek dan ratakan. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 220°C dengan kehangatan atas untuk selama 3-4 minit atau sehingga perang keemasan.
Keluarkan tin kek dari ketuhar, tekan dan ratakan semua bucu lapisan yang telah masak.

Tuangkan masuk 1 lagi bahagin campuran kek, ratakan dan bakar lagi sehingga perang keemasan. Ulangi proses melapis dan menekan sehingga semua campuran kek digunakan.

Setelah siap, alihan kek ke rak dawai untuknya menyejuk sepenuhnya.
Setelah kek menyejuk sepenuhnya, buangkan kertas parchment dan potong menghiris untuk menyaji.

Selamat mencuba....!!!

Comments