RESEPI KEK LAPIS COKLAT PEPPERMINT (KUKUS)

RESEPI KEK LAPIS COKLAT PEPPERMINT (KUKUS)

Bahan-Bahan

 
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
180 gm gula halus
10 biji telur (saiz besar)
120 gm serikaya/sekaya
1 tin susu pekat manis
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau
2 sudu besar chocolate paste/emulco

Cara

 
Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian;

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 - satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara mengukus:

Kukus lah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat

Potong kek apabila kek betul2 sejuk.

Comments